Saturday 30 April 2011

Kurus?? TAK LAH!!

Ini bestfriend saya.. Nama dia ayu..
memang AYU kan..





Hari ni saya makan-makan lagi.. Tapi banyak gambar menipu.. "Menipu"?? haha.. Banyak gambar nampak saya kurus.. (gambar boleh menipu mehh) Jalan-jalan lepak kat kopitiam.. Kenapa saya macam kelihatan kurus?? Entah la.. hanya Dia saja yang tahu kenapa, mengapa, bagaimana.. heehee.. Abaikan saja****Banyak betul perbualan kami.. Dari kopitiam sehingga di rumah..
Dari A-Z.. macam-macam gosipnya.. wee




 

Thursday 28 April 2011

Jangan Ada Benci..

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji 
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui 
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian 
Ikatan murni terputus di pertengahan 
Jangan di kesalkan 
Jangan lantaran kegagalan 
Kita berdendam saling bermusuhan 

Ungkit-mengukiti 
Sakit-menyakiti 
Memusnahkan diri 

Kita harus tabah dan bersedia 
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba 
Kadangkala yang berlaku 
Diluar kemahuan kau dan aku 
Di sudut hati

Wednesday 27 April 2011

Mana Satu??

Assalammualaikum
Kali ni nak cerita pasal handphone pulak.. Macam-macam aku ni kalau ada duit.. Itu nak, ini nak... Mana satu la nak pilih?? (cehh macam ada orang nak belikan kan.. susah sangat nak pilih..haha) Blackberry? Macam tak best je.. Pasal untuk internet je kott.. Kalau SE Satio memang nak sangat, tengah tunggu duit ada je.. Sebab nak pasal camera dia 12.1 megapixel..  Sesuai la untuk aku yang "gila" bergambar.. Tak payah dah beli camera.. Lagi pun untuk internet pun ok.. Ada WiFi..  Jimat dan untung jugak.. So now beli lah SE Satio.. :)

Handphone untuk call,answer,messenge suda la.. kan??
Tunggu la labu! !

Tuesday 26 April 2011

Hati saya pecah 90%

Dasyat betulkan title tu.. eishhh2.. Teringat kat awak je tiba-tiba.. Tengok gambar awak.. Lalu awak pun datang memberi bunga dan coklat.. Ehh bukan la "msg" je..
Saya suka lihat awak bahagia,walaupun hati saya pecah 90%.. Entah kenapa dari dulu tak pernah lupa awak (betul-betul bukan cobaan).. Awak kott cinta pertama saya.. Tak pela mana mungkin awak nak saya lagi ye tak..? (anim tak cuba tak tahu la..) Eishh diam la kau ni, sibok betul!!

   OHHH NOOOOOOOOOOO!!!!
:(

gambar di kaburkan untuk mengelakkan sesuatu..
haha

i like this....

hye semua..
Terima kasih la baca blog saya ni..hehe (ada ke orang baca? kahkah) 

Nak cerita pasal lens.. Ada 2 jenis yang di tunjukkan ni da berkenan di hati saya.. Tak tahu kenapa sekarang minat.. Macam-macam jenis ada jual sekarang ni.. Tak tahu nak pilih yang macam mana.. Ibarat menjadi satu kes.. hehe..

Sebab-sebab suka: 
*Design dia so cute..
*Comel bila si pemakai menggunakannya.. 
*Membazir pun ia jugak kan..
 *Da cukup la tu.. hahaha


Akibat sebab suka:
*Boleh merosakkan cornea mata..
*Boleh menyebabkan berlakunya pembaziran..
*Itu je saya tau.. hahaha


"tak pernah peduli pun akibatnya.. eishh-eishhh..."




Monday 25 April 2011

Lelaki Dan Wanita..

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya. 

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
 
Memerintah 
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,’angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’

Bergurau kasar 
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’ 

Cepat naik berang 
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami. 

Cakap besar 
Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik. 

Suka mengawal 
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta. 

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri. 

Tidak suka meluah emosi 
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai. 

Buat wanita rasa bersalah 
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.
Lokek beri pujian 
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya. 

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran. 

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk. 

Tidak tunjuk rasa kasih 
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan. 


Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!


lelaki pun ada yg dia tak suka

Takkan perempuan je yang mempunyai pantang mereka je kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka. 

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka. 



1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia. 
2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja. 
3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya. 
4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu. 
5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya . Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda. 

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan . Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan. 
7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh. 
8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya , jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah. 
9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Monday Again ! !

Hah monday again.. Bangun pagi siap-siap nak pergi kerja, ehh kenapa la suara aku ni rock ni.. Aieshhh! Sakit tekak aku ni.. Perit je.. Apa de hal kan.. Awal sampai tempat kerja breakfast dulu.. Nasi lemak ohh macam mengidam plak aku ni.. Aik macam da lama tak pekena nasi lemak pagi-pagi.. Sambil tu call la mummy saya yang tak balik dari malam tadi.. Kenapa tak balik..? Bawak adik saya pergi hospital la.. Adik saya pulak kene tahan kat wad.. Hurmm masuk kerja, macam diam membisu aku ni, "aik anim mana suara kau..? tertinggal kat rumah ke..?" aieshhh.. mana ada la sakit tau.. haha.. demam.. Balik kerja pergi la singgah hospital jap.. 



*Cerita dalam lif
-naik la lif.. aik mak cik ni senyum kt aku..? ok saya senyum balik.. muka saya penat la mak cik.. Tiba-tiba je mak cik ni tolak aku kt anak lelaki dia.. ehh kenapa mak cik ni.. Jangan la nanti saya marah kang.. Tingkat 4.. Ok mak cik byebye ye.. Saya tak nak la.. Hakhak.. Jahat tak..?-
Aku plak yang pening tengok orang sakit ni..

Sunday 24 April 2011

Maafkan Saya..

Saya tak mampu bagi hati saya sepenuhnya kat awk.. Sebab saya tak nak terluka lagi.. Saya akui kadang-kadang saya tak percaya dengan apa yang awak cakap kan.. Kalau hati awak untuk orang lain pun saya tak kisah.. Saya ok je.. Saya takut untuk memiliki lelaki.. Hati saya macam dah tertutup untuk lelaki.. Jiwa saya kosong la.. Maafkan saya awak.. Berat sangat mulut ni nak bagi tahu awak.. Ada baik nya saya diam dan ia nya berlalu dengan sendirinya.. Kadang-kadang cinta itu tak ada makna bagi saya.. Tapi hati saya masih nak kan si dia dan bukan awak.. Si dia.. Dia da berpunya dan nampak nya dia bahagia walaupun bukan dengan saya.. Saya terluka lagi.. Cinta dan sayang saya masih lagi untuk si dia.. 4years ago..

Saturday 23 April 2011

Dengan Wang..

Dengan wang anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan..
Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu..
Dengan wang anda dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli tidur yang lena..
Dengan wang anda dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli pengetahuan..
Dengan wang anda dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli kesihatan..
Dengan wang anda dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli hidup..
Dengan wang anda dapat membeli seks tetapi tidak dapat membeli cinta..

ini diri AKU bukan diri KAU !!!

hah!! yang kau sibok sangat pasal diri aku buat apa?? Aku nak buat ape, aku nak letak apa-apa aku punya suka la.. Kau tu pun bukan family aku pun.. So apa nak buat aku, ikut suke aku la.. Da ni diri aku.. Kau ni bagus sangat ke bila ayat kau tu tak cover.. Aku lagi geram dengan mulut kau tu.. OVER sangat!! Pergi balik tempat asal kau la.. (terlebih suda) hahahahah.. Eishh marah betul ni.. mana tak nya,ingat kau tu baik sangat.. Tak sangka suka jaga tepi kain orang.. Alah biasa la kan kau tu perempuan mulut tak boleh cover!
Berlapik sikit ea bila bercakap..
AKU MEMANG TAK BAIK TAPI AKU PUNYA MULUT TAK MACAM KAU!
MULUT KAU MACAM LONGKANG
(kau jaga sebab kau sayang aku ea)

Sunday 17 April 2011

Jalan-jalan with u..:)

hehe.. balik keje je baring-baring dulu.. eishh penat benar aku ni.. Tak pela nak jumpe die first time date.. hehe.. Jam da pukul 5pm ha siap-siap la.. Da siap mn la die ni tak datang lagi, bila call on the way.. And then aku da cun-cun mula la sesi foto shoot aku.. haha.. ha tu die datang da.. Tempt di tuju jusco bukit raja.. Sampai je beli tiket.. Nak tengok cerita apa..? SENJAKALA, ok what.. keluar jusco cari mkn la.. Pak li la.. hmm makan + borak-borak jam da pukul 8pm gerak balik pergi jusco.. ha tunggu lagi 8.30pm baru la msuk wayang.. Tengokla, SERAM!! heee.. pukul 10pm mcm tu keluar jalan jap kt dataran shah alam.. Muka aku pun da penat +++ mengantuk.. balik la... Balik terus baring! tak larat.. :D
SO SWEET!

Wednesday 13 April 2011

Saya Di LAMAR????

Pagi-pagi da ada orang tegur 'kenapa anim nampak lain?' lain macam mana.. 'entah la lain la'.. blusher lebih kot.. berseri-seri ehh.. haha.. Setelah lamanye.. hurmm.. Kelakar betul la.. Tiba-tiba plak tukar mood "love".. LOVE?? ok what.. haha.. Dulu 'mereka' suruh mencari sekarang da datang.. eishh kelakar la die melamar saya.. So now buat yang terbaik je ok.. :) mak saya akan jaga diri..
BAGUSLAH ADA ORANG SAYANG!
12.04.2011

Saturday 9 April 2011

Empire Galery, NoT BaD!!



Balik kerje semalam kami pergi berjalan kat Empire Galery.. Jalan-jalan cari makan la ape lagi.. Nak shopping pun duit da tak banyak.. hurmm so makan jela.. And then ambil gambar la seperti mana aku yang gila bergambar ni.. Sorang-sorang da tak mampu nak jadi fotographer aku..haha.. Jalan-jalan,tengok-tengok apa ada.. Cukup time balik la.. MY LEGS SO HURT!!!




Thursday 7 April 2011

BeLaCaN dan DaGinG BuRgEr???


Aku teringat kat kawan aku sorang ni... Die nak belajar masak, resepi nye nasi goreng + daging burger =?? Masak la nasi goreng da tu nak letak daging burger.. Dengar mcm pelik, bayangkan mcm sedapppp.. TRY la!  Potong kecik2 letak atas nasi goreng tadi.. Ingat daging burger rupanya belacan.. Makan la! MEMANG MELETOPP!
*best betul kau ni!!! :)*

Wednesday 6 April 2011

LaGu iTu SaMa AkU???

Dikala dikau mencari cinta,
aku memberi tapi tak pernah ku rasakan,
dikala aku lamun cinta dgn diri mu mengapa kau jauh dari ku,
tiada cinta didalam diri mu,
biarpun kau kata "baby i love u",
tidak kau rasa getaran ini,
tiada cinta lain sehebat cinta ku..
Haruskah aku menanti cinta ini,
kerna kau masih tak mengerti hati ku,

tiba-tiba plak aku teringat lagu ni.. hurmm ape kene mengena lagu ni sama aku...?? haha.. gila betul la.. hari ni shopping sorang2.. first time kott.. xpela la enjoy sendiri la.. dah sekarang pun susah senang sendiri je.. tak de sapa di belakang dan di depan, kanan dan kiri juga.. :) 
hidup susah, mati pun susah..!!!

Tuesday 5 April 2011

MaNusia KELAKAR sgt Kau ni...

Nak gelak terguling2 pun ada rasanya ni..huh! tahan2! haha..eishh pelik betul la manusia dlm dunia ni macam-macam ragam la.. hey lelaki!! bkn kau ke yg buat masalah..? macam nak salahkan si perempuan pulak.. Kau da tunang la dan kau pun bukan budak-budak.. Ada ke patut putus tunang sebab aku.. Tak kan la aku nak kan kau.. Aku tak kan amik hak orang.. Aku ni perempuan mcm tunang kau, aku tau apa rasa nye.. Bukan aku kejam sangat lah.. Kau lelaki memahamilah sikit.. Dan yg tak patutnye tulis kat wall "saya SINGLE" yg nak tujukan kt aku.. erghh.. bukan nak perasan da hp ni bunyi dari kau je, kat ym pun kau je yg buzz aku lebih dan kt fb kau je yg hello aku.. erghh tak boleh betul la dengan kau ni.. kau nak aku dan aku tak nak kat kau.. ITU KENYATAAN sekarang ni.. kalau kau nak aku sekali pun mustahil la, abis kalau aku dengan kau la, kemungkinan  BESAR kau boleh buat aku macam tunang kau sekarang.. fikirlah.. sebelum kau buat aku da fikirlah kawan..!

(kesimpulannya adakah betul single atau pun saja reka-reka cerita sebab nak aku balas msg kau yg tak ada makna tu..? huh!!)
TAK HOTTT LA!

Monday 4 April 2011

MisKin TaHap GaBaN!!!!

eishhh tau tengok calendar x??! da berapa hari bulan ni.. Gaji tak masuk lagi.. Tenggiling tu pun da mintak nafkah (motor).. Eishhh tension betul aku.. Org awal bulan da makan besar yang aku ni makan nasi bujang lagi.. Apalah la nasib banyak sangat dugaan.. Tawakal2..